Wednesday, February 17, 2010

PENCAPAIAN SYARIKAT


  • Membekalkan tenaga pengajar bagi kursus melarik yang dianjurkan oleh pihak kemajuan Pembangunan Kraftangan

  • Menyertai ekspo jualan kraf sempena Hari Kraf Kebangsaan selama 5 tahun berturut-turut Ekspo Kraf Nusantara

  • Menyertai Spring Fair di Birmingham pada 1 – 8hb Februari 2009

  • Dipilih oleh pihak Perbandanan Kemajuan Kraftangan Malaysia untuk menghasilkan produk kayu larik bagi pameran Kraf Malaysia di gedung membeli belah terkemuka dunia HARRODS London

  • Mula mengeksport produk ke pasaran Holland pada April 2009 melalui syarikat BERA OUTDOOR LIVING

  • Menempatkan produk di geleri sekitar Kuala Lumpur menerusi kerjasama dengan De Fine Nature (Kota Damansara)

AKTIVITI SYARIKAT

Embun Craft merupakan antara syarikat bumiputera terawal yang mempelopori penghasilan produk mangkuk larik di negara ini setelah ia diperkenalkan oleh Kemajuan Pembangunan Kraftangan Malaysia.Berdasarkan maklumat semasa hanya beberapa syarikat sahaja yang menghasilkan produk di mana syarikat Embun Craft masih lagi menjadi pembekal utama produk ini kepada pihak Kemajuan Kraftangan Malaysia dan syarikat Pemasaran Karyaneka Bdn Bhd. Setelah 5 tahun ditubuhkan Embun Craft masih lagi menjadi pilihan utama bagi membekalkan produk mangkuk larik kepada unit pembangunan penyelidikan dan rekaan pihak Kraftangan Malaysia.Pengalaman dan kemahiran yang dimiliki oleh syarikat ini menjadikan ianya terus berdaya saing serta mampu menghasilkan produk bermutu dan menepati kehendak pelanggan.

OBJEKTIF SYARIKAT


  • PENUHI PERMINTAAN PASARAN

  • ALTERNATIF KEPADA PEMINAT HIASAN DALAMAN

  • MENDAPATKAN KEUNTUNGAN

  • MENGEKSPLOITASIKAN SISA-SISA PENBALAKAN YANG SELAMA INI TERBIAR UNTUK DIJADIKAN PRODUK KRAF YANG BERNILAI TINGGI

  • Mula mengeksport produk ke pasaran Holland pada April 2009 melalui syarikat BERA OUTDOOR LIVING

  • MEMASARKAN PRODUK KRAF MALAYSIA KE PASARAN LUAR NEGARA

LATAR BELAKANG SYARIKAT

Syarikat Embun Craft telah ditubuhkan pada 17 Disember 2004 apabila terpilih menyertai skim inkubator kaftangan di bawah bimbingan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Pahang dengan objektif utama ialah menjadi syarikat perintis yang terlibat secara sepenuh masa dalam manghasilkan produk mangkuk larik dan produk kayu hanyut.

Sejak itu syarikat Embun Craft mula menjadi pembekal utama produk ini kepada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn.Bhd.Sebagai bukti hanya syarikat Embun Craft sahaja yang secara berterusan menawarkan produk kayu larik pada ekspo jualan Hari Kraf Kebangsaan setiap tahun.

Mulai 2009 syarikat ini telah mula menjalankan operasi di bengkel sendiri setelah mendapat bantuan mesin bernilai RM 10 000 dari Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.Pada masa ini syarikat dalam proses mengambil 2 orang pelatih bagi skim Latihan Tenaga Kerja Tambahan.Selain itu,seorang pelajar dari Institut Kraf Negara (IKN) juga akan menjalankan praktikal .